Suasana ‘Final Exam’

•May 23, 2009 • 2 Comments

Alhamdullilah…Final exam dah pon slamat dijalankan.. Walapon sbnarnya dijalankan dgn penuh kekabutan dek kerana last minet punye keje, tapi boleh dikatekan ok laa…

Apa yang aku syukur dan berbangge bile aku dpt buat study group dgn kwn2 aku.. dpt la aku curah ilmu.. bukan aku je pon, kengkawan aku yg len pon turut mjd tutor.. Al-maklumlah, bakal pensyarah.. Aku ni mmg nampak cam garang, tapi hati lembut.. hahaha… Untuk exam kali ni, aku tukang buat nota, dn ape2 yg tak paham, kami kongsi same2.. Besh buat study group ni..

Beginilah suasana exam kami... bersepah tapi besh..hahaha

Beginilah suasana exam kami... bersepah tapi besh..hahaha

Tapi sbenarnye, ni la perangai aku yang paling teruk selama aku jadik student.. ape tak nye, last minet baru study, esok nk exam, baru buat nota.. minggu exam leh lepak dgn riang lagik.. hahahaha.. mmg perangai terok btol aku kali nih.. ntah mcm mane la agaknye result.. hahahaha…

Haaa... Kusyuk woo study group..

Haaa... Kusyuk woo study group..

Ape2 pon aku sgt berterima kasih kepade kengkawan yg secare langsung mahupun secara tak langsung dlm pembikinan menjalani final exam nih.. Thanx gak kt lecturer2 yg bg hint dn tips utk exam… Luv u all… Muahsx muahsx muahsx!!

MoRe or Less

•April 1, 2009 • 3 Comments

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
1. Amy
2. My
3. Amyz
4. Akak
Even though my real name iz Amy Asmidar, I will never ever allow anybody to call me “Asmidar” coz I am wut I am now by carrying Amy’z name. Yaaa…

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
1. My birthday and family’s birthday
2. Anniversary
3. My beloved bestfrenz birthday
4. Hari Raya Puasa… Yuhuuuu…

FOUR THINGS YOU’VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. Editing report
2. Hanging on the phone
3. Listening to music
4. Flying high. . . . .

FOUR WAYS TO BE HAPPY:
1. Hanging with my frenz and get high. . . .
2. Karoke and chill out!!
3. Take a trip to island
4. No probs, I will smile ;)

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST:
1. My beloved father, the precious moment we had will never be forgotten. . . I miss u abah. . .
2. Puan Khairizan, the best programming lecturer
3. Past. . . . hurrmm. . . . not missing but hating. . .hahaha
4. la la la la la a a a a a. . . .

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. A white gold with diamonds
2. Subaru Impreza. . . Boleh lenjan dan prada puas-puas!!
3. Cash money!!! Yuhuhuuuuu….
4. Vacation trip to Egypt. . . Mcm besh je kt saner. . .

FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. Lepak. . .
2. Sengal. . .
3. Karoke
4. Sleeping . . .hahahaha…

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. Pulau Redang (yang local)
2. Egypt
3. Rome
4. The most beautiful Island of the world (Sume nak pegi, sgt tenang)

FOUR FAVORITE DRINKS:
1. Ice blended
2. Pepsi
3. Hot Chocolate
4. Chocolate Milk

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG:
1. Wallet
2. cellphones
3. a lot of keys
4. Make-up tools << huuu..

FOUR FAVORITE COLORS:
1. black
2. red
3. white
4. blue

TOP FOUR HANGOUTS:
1. Selayang (11-0-2)
2. The Mines
3. Jusco
4. Kg Baru

TOP FOUR U LOVE SO MUCH:
1. Family and Frenz
2. Him
3. All precious moments
4. Chocolate

TOP FOUR “THINGS” SPECIAL TO YOU:
1. Memories
2. Pictures
3. Accessories
4. Money (Special sangat)

TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
1. Asue kot
2. ntah
3. hurrmm..
4. ??

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
1. Isi blog yang dah lame tak isi
2. Restkan kepala otak
3. Macam besh jer…
4. Aku punye suke laa… Aduh…

Futsal?? Amy main Futsal??

•March 30, 2009 • Leave a Comment

Ya ya ya…

Lame btol tak menaip dalam blog nih. Lame sesangat dah. Dah tu, bukannye aku ade internet connection 24 hour. Ape boleh buat, hidup merantau tanpa bergantung pada ibu bapa. Tapi kawan-kawan mestilah ade yang banyak membantu. Takkan takde kot.

Ok ok. Aku bukan nak cite pasal hidup aku, banyak sangat nk diceritakan. Nih aku nak cite pasal futsal.

Ha ha ha ha..

Aku main futsal untuk Kejohanan Futsal Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur. Kawan aku ade la menjemput aku untuk main futsal, tapi rase macam berat lak, ye la, awak ni bukan kaki sukan, extreme boleh la tapi sukan aduhh… Agak berat kot…Tapi aku join gak team futsal yang namenye “Wonderpet”". Hu hu hu hu.. Dengar name je mesti terbayang cite katun tu kan?? Aku tak penah pon tgk cite katun tu tapi ramai sgt dah dok nyanyi lagu tema Wonderpet tu, popular sangat..hehehe.. Bile aku jadik je join team futsal, aku pon training. Yang jadik kelam kabut nyer, kitorang training dlm mase seminggu, itupun tak sampai seminggu, ade la 4-5 hari. Hari Ahad terus-terus je lawan. Apa lagi, kaki yang selama nih asyik melenggang, jadik kejang dan sakit. Keranamu Wonderpet, aku teruskan jugak..

Yaaa ni la team futsal WONDERPET...

Yaaa ni la team futsal WONDERPET...

Persiapan latihan dah siap, pagi Ahad kene kumpul kat Sport Club, Ampang. Malam minggu aku sempat lagi lepak dgn member-member aku di Selayang, lepak sampai ke pagi, dah tu tido tak cukup, bangun je tido terus mandi dan terus shoot ke Ampang.

Fuhuuu semangat berkorbar jiwa raga nak main futsal nih. Dalam perjalanan ke Ampang, aku tibe2 teringat kat mak aku. Aku pun nyanyi lagu “Untukmu Ibu” sambil mateku jadik bergenang dgn air mata. Ntah, terasa rindu plak. Pukul berapa ntah aku pun sampai kat sport club tu.Aku call Ain, call Hilal tanya diorang kat mana. Bley tahan kabot gak aku nih, hahaha.

Sampai je di perkarangan court futsal tuh, terjadi satu kontroversi. Aku hairan lak ape pasal diorang ni kumpul (3-4 org) dok bercerita dengan muka yang serius. Aduh, apa plak la nk terjadi nih. Aku pun pergi la selidik. Rupe2nye mereka nak buang salah sorang antara aku dengan Ain so that sorang pemain tunggak ni boleh masuk team kami nih. Dengan selambanya sorang budak ni cakap, akulah orangnyer yang terpakse digugurkan. Apa lagik, kawan aku si Ain bukan main *kaca lagi!! Abes si Hilal kene makinyer. Lahh, bukan salah Hilal pon. Setelah kemarahan demi kemarahan dilepaskan oleh Ain, manakala aku jadik air, cube menenangkan keadaan. Ye la, tahu la kitorng nih tak pandai sangat main futsal, tapi janganlah under estimate semangat kami. Mula-mula kata main untuk enjoy, tapi pastu main nak menang. Aduh, berasap gak otak aku mase tu, tapi aku relax kan je.

Jadik goal keeper wooo.. Dasat tak..

Jadik goal keeper wooo.. Dasat tak..

Maka, kami buat keputusan team Wonderpet diteruskan tanpa si pemain tunggak nih. Al-kisah Dia Yang Maha Adil, tetibe salah sorang pemain team kami ni injured. Tak sampai 5 minit perlawanan, dah injured, bukannyer sikit, tapi teruk gak la. Sape suruh tak stretching. Aku ngan Ain ye ye stretching and warm up. Yg lelain main terjun je, ha kan, sape yang susah. Bile si sipulan ni injured, si pemain tunggak pon menggantikan tempat pemain yang injured tuh. Bermulalah perlawanan yang getir dan manis+pahit.

Tapi sape sangka, team yang macam tak besh nih, berbekalkan semagat kerjasama, sama macam lagu tema Wonderpet, membuatkan kami jadi JOHAN. Haaa !! Percaya atau tidak !! Kamilah johan futsal… Huhuhuh… Tempat pertama memang dah sah-sah la kami, dan yang jadik bualan, tu ha, manager team kolej, bukan main besh je gaye cakap, last-last team die dapat nombor 3. Heee.. Hukum karma.. Apa boleh buat, usaha sudah, doa sudah, dan tawakal, dan Dia Yang Maha Kuasa menentukan semuanya……….

Yuhuuu.. we aRe the cHampion!!! beLieve it or n0t?? huhuhu...

Yuhuuu.. we aRe the cHampion!!! beLieve it or n0t?? huhuhu...

Pape2 pon kejohanan ni sangat bagi kenangan terindah. Huhuhuhu……

HIDUP WONDERPET !! APE YANG PENTING. . . . . KERJASAMA….

Bersatulah Saudaraku

•December 25, 2008 • 5 Comments

Ku ditinggal senja malam menghampiri,
Sendiri ku bertanya pada diri,
Apakah kejayaan yang telah dikecapi,
Cukupkah semua itu untuk aku berdiri,
Atau masih ada yang perlu dicari,
Pencarian hidup yang tak akan berhenti,
Untuk sekian kali aku menyuarakan diri,
Bersatulah saudaraku menyatu hati.

Hari-hari yang berlalu bagaikan sama dan kadang membosankan, tidak patut aku merasakan sedemikian sedangkan hidup ini sebenarnya sungguh indah. Mencuba untuk mengisi kekosongan dan kebosanan, aku bersama sahabat aku mencari sesuatu untuk menghiburkan diri. Sepanjang perjalanan pelbagai topik yang dibualkan akan tetapi antara kesemua perbualan kami itu, aku tertarik dengan cerita sahabat aku, mengenai stiker yang ditampal oleh pemandu kereta mahupon motosikal. Nampak seperti tiada yang luar biasa tapi ianya benar-benar buat aku terpanggil untuk menulis di blog ini.

“Aku pernah tengok orang yang sangat fantastic tampal stiker Nik Aziz”

“Elerh aku tengok ada yang sanggup tampal penuh kereta”

“Tapi, yang lagi best pernah aku tengok ialah stiker kesemua parti diletakkan dan tertulis ‘Bersatulah Saudaraku’. “

Lantas terdetik hatiku, betapa keajaiban dan satu kejayaan andai kesemua parti di dalam Malaysia ini bersatu padu, mengembalikan hak kita di tanah Melayu ini, yang semakin hari semakin terkikis dan terhapus dek kerana perebutan agama lain dan bangsa lain. Dimanakah kesedaran itu, wahai saudaraku?

Setiap orang mempunyai agenda tersendiri sehingga melupakan tanggungjawabnya di muka bumi ini. Masing-masing merebut hak pemerintahan sedangkan orang yang direbut itu adalah saudara sendiri! Saudara seIslam! Sungguh tragik dunia ini apabila yang memerintah tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna malah seakan pejam mata dengan larangan-Nya. Patutkah kamu memerintah sedangkan kamu melanggar larangannya?

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqarah:44)

Aku bukan menulis untuk mempertikaikan pihak mana yang kuat, pihak mana yang teruk akan tetapi aku di sini untuk menyuarakan mengenai perpaduan sesama Islam. Dimanakah letaknya perpaduan itu?

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Al-Imran : 102)

untitled-2-copy2

Pernahkah kamu mendengar “Orang kafir tidak akan takut dengan Islam selagi solat Subuh di Masjid tidak penuh seperti solat Jumaat”. Apakah yang bermain di fikiran kamu? Saudaraku sekalian, dunia sekarang berada di hujung zaman. Bukankah seeloknya kita bersama bersatu padu menegakkan agama Islam demi kehidupan di masa akan datang, di akhirat nanti. Bukankah kita ini dijadikan sebagai khalifah untuk memimpin di muka bumi ini? Akan tetapi mengapa wujudnya pertikaian sesama saudara seIslam? Apakah yang cuba ditegakkan, apakah yang cuba dipertahankan oleh mereka ini? Pas, Umno, Pkr? Berbezakah Islam ini di mata mereka? Berbezakah kitab yang menjadi panduan mereka? Jika tidak mengapa tidak disatukan?

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang mereka punyai” (Ar-Rum 31-32).

Sebelum aku mengakhiri sesuatu yang tiada pengakhiran ini, ku pohon pada semua, berfikirlah sejenak apa yang telah aku sampaikan. Dan secara ringkasnya, “Bersatulah Saudaraku”.

“Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, – mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).”(Al-Baqarah:213)


The Most Beloved Girlfriend

•December 17, 2008 • 10 Comments

Salam..

Sebelum ini sudah saya ceritakan sahabat versi BOYFREN dan kali ini versi GILRFREN. Mungkin sedikit lambat ianya disiarkan sehinggakan menyebabkan salah seorang sahabat saya merungut mengatakan di mana sahabat perempuan saya. Mohon maaf ya sahabatku Syuhaidah, Salffa Diyana, Hafiza, dan Sis Eliza Suraiya. Bukan aku mahu kamu diketepikan dan tidak penah pula kamu dilupakan malah kamu semua sentiasa dirindui. Serious shit! Aku rindu bangat sama kamu semua.

Seperti yang pernah aku sebut sebelum ni, aku memang tak ramai kawan perempuan, oleh kerana ada kawan perempuan yang tikam aku seteruk yang tidak dapat dibayangkan maka ianya buat aku serik dengan perempuan. Maaflah kaum hawa sekalian, bukan maksudku memperkecilkan kamu akan tetapi aku jua seorang perempuan. Peritnya dikhianati oleh perempuan hanya Tuhan saja yang tahu.

Masih aku ingat lagi saat aku berkenalan dengan sahabat karib aku yang paling aku sayangi, Syuhaidah, ketika itu waktu aku menyambug pelajaran di Batu Pahat. Memang dia tidak akan lupa perangai aku yang sering kali menyebut “Serious Shit” untuk apa jua yang aku katakan. Perkenalan terjalin dari sahabat sebiliknya (namanya tidak mahu disebut), oleh kerana aku sering berkunjung ke biliknya. Takdir menentukan aku belajar sekelas dengannya. Maka sejak itu aku semakin rapat dengannya.

Sebenarnya terlalu banyak yang terjadi di dalam persahabatan kami ini, kan sahabat ku? (Su, Yana, Fiza and Eliz) Tentu takkan kita lupakan setiap yang berlaku, di mana semua itu mematangkan kita dan persahabatan ini, kan.

Salffa Diyana, masih aku ingat lagi, riak wajahnya, senyumannya ketika pertama kali melihat aku, katanya wajahku rias artis Zarina AF (bukan perasan tapi memang ramai yang cakap). Pelbagai khabar angin dan gossip yang aku dengar mengenai Yana tapi satupon aku tak endah memandangkan memang aku tak suka sangat dengan gossip atau lebih tepat Kutukan (biasalah hidup di dunia ini. Manakan boleh ditutup mulut orang). Pada semester kedua di kolej, aku berpeluang mendekati gadis molek ini kerana kami ditempatkan di kelas yang sama. Oleh kerana dek kejadian yang terjadi di hostel, kami mula menjadi satu geng (hehe). Banyak sangat kejadian, tak tahu nak cerita yang mana satu.

Nurhafiza, orang yang tidak banyak bercakap, namun tetap jua memberi senyuman untuk setiap perbualan (kira respon la tu) merapatkan persahabatan dengan kami setelah sesuatu yang terjadi padanya di mana sebabnya kami tidak tahu dan kami pon tak kisah. Walaupun Yana dan Fiza menjadi sahabat aku namun aku lebih rapat dengan Su, dan Yana pula menjadi lebih rapat dengan Fiza. (Penat oi nak karang cerita sahabat nih, banyak sangat!)

Sis Eliz, seorang yang aku hormatinya sebagai kakak oleh kerana umurnya yang lebih tua dari kami. Dari luarannya sudah menunjukkan yang dia seorang yang agak lembut tetapi garang. Perhubungan aku dengan Sis Eliz secara personalnya tidak lah terlalu rapat. Perhubungan kami menjadi rapat setelah kami sama-sama mendapat tawaran pengajian di KPTM.

1_568182566l6

Dipendekkan cerita, Kami Syuhaidah, Diyana, Hafiza dan Sis Eliz menjadi sahabat yang rapat setelah pelbagai kejadian dan peristiwa yang berlaku, tidak dapat dikira dengan jari! Akan tetapi kejadian itu tidak memutuskan persahabatan ini malah kami lebih erat dari sebelumnya.

Setelah pengajian di Batu Pahat tamat, kami mengambil haluan masing-masing. Su menyambung pengajian di Uniten, Yana pula sednag berkerjaa di Shah Alam, Fiza juga bekerja,di Melaka dan aku bersama Sis Eliz menyambung pengajian di KPTM Kuala Lumpur setelah mendapat tawaran skim tindikan oleh kolej. Walaupun kami terpisah jarak, kami tetap berhubung, mungkin kesibukan kerja dan belajar membataskan persahabatan ini. Tapi ingatlah dan percayalah wahai sahabatku sekalian, kamu semua takkan aku lupakan dan sentiasa merindui setiap senyum, gelak tawa, gurau senda, tangis duka sepanjang persahabatan kita ini.

Untuk pertama kalinya aku merasakan betapa diri ini bersykur pada-nya kerana setelah apa yang terjadi dalam hidupku, aku tetap mempunyai sahabat-sahabat yang terus dan tetap di sisi aku memberi sokongan dan dorongan. Terasa diri ini dihargai dan aku sangat menghargai persahabatan ini. Berlinang air mata aku taktala satu demi satu kisah ini aku kenangkan. Terima kasih Su, Yana, Fiza dan Sis Eliz kerana menjadi sahabat Amy yang tidak pernah Amy duga penghargaannya.

Kadang terasa mahu saja aku novelkan cerita hidupku akan tetapi aku terasa malas untuk mengarang, mungkin kerana tidak cukup hebat atau mungkin kerana biarkan ianya sahaja atau ada sebab lain ? Aku bukan penulis yang bagus walau sebenarnya dulu pernah aku mengarang sebuah cerita tapi tidak berkesempatan menghabiskannya kerana tidak punya masa dan filenya pun dah hilang. Justeru itu aku menghentikan niat aku dan cuba menulis di blog ini. Andai ada sesiapa yang menyokong saya untuk menulis, terima kasih atas sokongan anda. Yeaahh…

All My Dearest Boyfrenz

•December 13, 2008 • 6 Comments

Sebenarnya aku ni lebih banyak kawan lelaki berbanding perempuan. Entah la kenapa tapi mungkin aku takut berkawan dengan perempuan sebab kaum hawa nih hatinya lembut, dan tipis mudah pecah. Bukan sebab mereka ini aku tak nak kawan tapi aku takut perangai aku dan layanan aku membuat mereka terasa hati dan simpan rasa dendam atau marah. Oleh sebab itulah aku lebih ramai kawan lelaki dan perangai pon lebih kurang macam lelaki dah (tapi masih cute).  Bagi aku, kawan dan sahabat mempunyai maksud yang berbeza. Sahabat adalah kawan yang paling rapat dan paling kita sayang berbanding kawan yang hanyalah sekadar kawan. Sahabat lelaki aku yang paling aku rapat dan sayang adalah rakan sepersekolahan, sepontengan aku masa aku sekolah menengah di Serdang. Entah macam mana aku boleh join adik aku ponteng sekolah dan aku pon kenal dengan kawan aku nih. Aduh, dari tadi aku tak sebut lagi nama mereka. Ok ok, mereka adalah… jeng jeng jeng… Mohd Ilham, Anaz, Muhamad Syafiq dan Muhammad Marzuki.

Mohd Ilham adalah sebenarnya sebaya dengan adik aku. Disebabkan aku nih yang suka selit apa jua aktiviti yang macam besh sperti lepak dan ponteng, maka aku pon kenal lah dengan si Ilham nih. Sejak dari sepontengan tersebut aku makin rapat sehinggalah aku masuk ke kolej di Batu Pahat. Kalau nak dikira lebih 5 tahun dah umur persahabatan kami nih. Sepanjang persahabatan kami nih, banyak yang kami lakukan, sengal sama2, lepak sama2 dan kadang aku ada jugak berkongsi cerita sedih duka lara pada sahabat aku ni. Bagi kami, ” Kau tolong aku, aku tolong kau ” itu adalah perkara biasa dan kami memang tak berkira sangat. Sehingga ke hari ini kami masih rapat dan takde nak simpan hati atau dendam. Ilham sekarang sedang belajar di kolej yang sama dengan Syafiq ambil jurusan Interior Design(macam besh). Anaz pulak sedang menjalani praktikal di Shah Alam bagi jurusan Mechanical Engineering yang dia ambil kat Unimap.

fren3

Inilah Anaz sepet, tengok mata dia, sepetkan

Inilah Anaz sepet, tengok mata dia, sepetkan

Marzuki? Ni Mar ke? Ye laa Mar la ni

Marzuki? Ni Mar ke? Ye laa Mar la ni

Ops lupa lak nak cerita tentang Marzuki. Marzuki adalah sahabat Ilham. Dulu, aku dengan Mar takde la rapat sangat. Aku tahu nama dia pon dari adik aku dan kawan aku yang lain. Sebelum aku rapat dengan dia, muka die haiihh aku tengok serius aje memanjang. Takut gak aku nak tegur dia kekadang. Kalau lalu sebelah dulu pon cuma tegur hai macam tu aja. Persahabatan kami dan rapatnya aku dengan dia bermula sejak aku pindah ke Sri Kembangan. Hari-hari lepas kerja aku lepak dengan dia. Pagi petang malam, boleh dikatakan 24 jam. Ye la, dah kata tinggal pon satu taman. Sejak dari tu, aku mula mengenali Marzuki punya perangai, Bagi aku dialah orang antara sahabat aku nih yang paling bertimbang rasa dan bertanggung jawab. Tiba-tiba hati aku terasa seakan tertarik pada dia (Aik??) Lepak punya lepak sampai orang taman gosip aku couple dengan dia. Fuuh aku dengan dia cuma gelakkan aje. Marzuki sahabat yang aku gelar sahabat sebab dia selalu tolong kawan tanpa minta dibalas dan aku kagum dengan dia sebab dia jujur dan bertimbang rasa buat aku rasa sayangkan dia dan nak kenal dia lebih dalam. Maka sejak dari inilah aku dan dia bersahabat.

Tapi siapa tahu, takdir tuhan menentukan segalanya. Sesuatu yang tak dijangka berlaku dalam persahabatan aku ini. bukan yang buruk tapi biarlah aku berahsia dulu kerana masih belum masanya aku khabarkannya. hehe…